7 Dokumen Penting Untuk Jual Rumah

Urusan jualan rumah ni rumit. Lebih rumit jika kita sebagai pemilik tidak bersedia dengan semua dokumen-dokumen penting ni sebelum memulakan proses jualan rumah. Boleh jadi jualan tertangguh berbulan lamanya sebab ada dokumen yang tak disediakan awal.

Sebelum apa-apa, Anis selalunya akan pastikan dokumen-dokumen ni lengkap terlebih dahulu supaya proses seterusnya lebih lancar dan mudah.

  1. Geran Rumah (Title) – Pastikan geran asal ada dan nama pemilik yang ingin menjual perlu berada dalam geran tersebut. Jika geran masih berstatus geran induk, proses menjual akan menjadi lebih panjang kerana urusan pertukaran status geran. Jika status geran induk melebihi 10 tahun kebanyakan bank susah nak bagi loan untuk pembelian rumah tersebut.
  2. Salinan Kad Pengenalan pemilik sah rumah – Bagi tujuan pengesahan identiti anda sebagai pemilik sah rumah tersebut.
  3. Salinan Cukai Pintu dan Cukai Tanah terkini – Sebelum kita tandatangan sebarang perjanjian jualbeli rumah tersebut perlu bebas daripada sebarang tunggakan cukai pintu dan cukai tanah, ini adalah tanggungjawab pemilik. Jika tak dijelaskan proses jualbeli tak boleh berlaku.
  4. Salinan Bil Utiliti (Air, Elektrik dan IWK) dan Bil Selenggaraan terkini – Sama juga dengan cukai pintu dan tanah, sebarang tunggakan perlu diselesaikan oleh pemilik yang bertanggungjawab sebelum surat penjanjian jualbeli boleh ditandatangani.
  5. Penyata Baki Hutang/Penyata Tebus Hutang (Redemption Letter) – Jika rumah tersebut masih lagi mempunyai baki pinjaman, pastikan anda dapatkan penyata baki hutang terkini daripada bank ataupun pihak pemberi pinjam yang berkaitan. Dokumen ni penting untuk kita pastikan untung rugi kita daripada penjualan rumah kita nanti.
  6. Salinan Perjanjian Pembiayaan Dengan Pihak Pemberi Pinjam – Dalam dokumen ni ada maklumat seperti berapa bayaran bulanan (instalment), cas kelewatan, terma syarat dan terpenting jika ada sebarang lock-in-period ataupun tidak. Jika ada, ini boleh mengurangkan hasil jualan rumah nanti.
  7. Salinan Pelan Bangunan/ Binaan Tambahan yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan(PBT) – Jika rumah yang nak dijual tu mempunyai sebarang ubahsuai ataupun penambahan struktur binaan daripada pelan asal, pastikan ada pelan baru yang diluluskan oleh PBT. Jika tidak, penilaian rumah akan mengikut pelan asal sahaja, rugi jika pemilik dah habiskan ratusan ribu tapi tak dikira nilainya.

Nak jual rumah tapi geran asal dah hilang?

Pening tak tahu dokumen itu dan ini nak dapatkan kat mana?

Tak ada masa untuk ke sana sini untuk dapatkan dokumen-dokumen penting ni?

Itu tandanya anda perlukan bantuan perunding hartanah berdaftar. Jika berminat, boleh klik je link dekat bawah ni untuk Whatsapp.


Lagenda Ardea Jualan Kini Dibuka

Artikel lain berkaitan