Kos-kos Yang Telibat Dalam Pembelian Rumah Subsale

  1. 10% daripada harga rumah sebagai deposit. Pembeli bayar 3.18% sebagai booking fees tanda jadi nak beli rumah. Duit ni akan dibayar terus kepada akaun agensi (pastikan bukan kepada akaun peribadi ejen atau mana-mana individu ya). Selepas pembayaran dibuat, salinan booking form yang lengkap ditandatangani akan diberikan kepada pembeli. Salinan ni diperlukan pihak bank untuk pembeli memohon pembiayaan perumahan nanti.
  2. Selepas permohonan pembiayaan rumah tadi telah lulus, baki 6.82% deposit tadi perlu dibayar ketika menandatangani surat perjanjian jualbeli. Bagi bahagian ini pembeli boleh membuat pengeluaran KWSP bagi menampung kos deposit tersebut.
  3. Kos Yuran Guaman Perjanjian Jualbeli (Sales and Purchase Agreement). Kos S&P ni dianggarkan 3-4% daripada harga jualan rumah. Ini termasuk kos-kos lain seperti pendaftaran pejabat tanah, carian geran, carian status seperti muflis, kos-kos am seperti fotokopi, telefon dan lain-lain. Boleh dapatkan sebutharga dulu daripada peguam ataupun tanya perunding hartanah anda untuk deal yang terbaik.
  4. Duti Setem bagi Perjanjian Jualbeli. Kos ini mempunyai jadualnya tersendiri. Bagi RM100,000 pertama, adalah 1%, bagi RM500,000 seterusnya adalah 2%.
  5. Kos Yuran Guaman Perjanjian Pinjaman Perumahan mempunyai jadual peratusan yang sama dengan perjanjian jual beli, cumanya peratusan tersebut diambil daripada jumlah pinjaman dan bukannya jumlah harga rumah. 1% daripada RM100,00 pertama, 2% bagi RM500,000 seterusnya berdasarkan jumlah pinjaman.
  6. Duti Setem bagi Perjanjian Pinjaman Perumahan pula adalah 0.5% daripada nilai pinjaman perumahan.
  7. Kos Laporan Nilai Harta (Valuation Report). 0.25% daripada harga rumah bagi RM100,000 pertama, 0.2% bagi RM2 juta seterusnya tertakluk kepada minima RM1,000.

Secara amnya, untuk proses pembelian rumah subsale itu lebih lancar, elok sediakan wang tunai dalam 15-16% daripada harga rumah yang kita nak beli.

Tak cukup tunai di tangan? Nak tahu cara maksimumkan keupayaan pinjaman? Nak dapatkan peguam terbaik untuk beli rumah? Nak tahu berapa harga rumah anda boleh beli?

Itu tandanya anda perlukan bantuan perunding hartanah berdaftar. Jika berminat, boleh klik je link dekat bawah ni untuk Whatsapp.

Lagenda Ardea Jualan Kini Dibuka

Artikel lain berkaitan