Boleh, tak ada masalah untuk guna pinjaman LPPSA untuk beli Rumah Selangorku.
Selagi mana cukup syarat seperti yang ditetapkan oleh Lembaga Perumahan Hartanah Selangor(LPHS) dan juga lepas syarat yang ditetapkan oleh Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam(LPPSA).
Apa syarat yang ditetapkan oleh LPHS?
Ada 4 syarat utama bagi permohonan Rumah Selangorku iaitu:
- Pemohon adalan warganegara Malaysia.
- Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh pendaftaran.
- Tidak memiliki sebarang jenis kediaman di Selangor.
- Pendapatan bulanan seisi rumah (Pemohon dan Pasangan) tidak melebihi RM10,000.
Untuk syarat penuh terkini LPHS boleh rujuk laman LPHS.
Apa syarat yang ditetapkan oleh LPPSA pula untuk permohonan Rumah Selangorku?
Syarat LPPSA ini merujuk kepada pembiayaan jenis 3, iaitu pembiayaan bagi pembelian rumah kediaman yang sedang dibina.
Berikut adalah syarat yang berkaitan:
- Hartanah yang mempunyai Hakmilik Individu atau Hakmilik Induk dengan syarat kategori kegunaan tanah adalah untuk Bangunan.
- Pembelian rumah atau petak rumah kediaman daripada pemaju mestilah mencatatkan Lesen Pemaju serta Permit Jualan di dalam Perjanjian Jual Beli;
- Harga hartanah dalam Perjanjian Jual Beli mestilah dalam lingkungan harga yang didaftarkan oleh Pemaju semasa permohonan untuk mendapatkan Lesen Pemaju serta Permit Jualan;
- Bayaran mengikut Jadual Ketiga kepada Jadual G atau H Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1966 [Akta 118] dan Peraturan-Peraturan Pemaju Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) yang berkuat kuasa.
Untuk syarat penuh terkini LPPSA boleh rujuk laman LPPSA.