Cara Jual Rumah Melalui Ejen, Elakkan Ditipu

Cara jual rumah melalui ejen jarang sekali dibincangkan dengan lengkap, mungkin sebabnya ramai ejen lebih mudah menerangkannya melalui interaksi bersemuka.

Anis faham bahawa menjual rumah bukanlah tugas yang mudah, terutamanya jika anda inginkan proses jualan yang lancar, pantas dan dapatkan harga jualan yang tepat.

Oleh itu, mempunyai ejen jualan yang berpengalaman dan berkualiti adalah penting dalam memastikan bahawa proses jualan berjalan dengan jayanya.

Berikut adalah beberapa langkah penting yang perlu diambil untuk lantik ejen jualan rumah dengan berkesan.

1. Buat semakan ejen rumah terlebih dahulu.

Anda boleh tanyakan maklumat mengenai pengalaman dan kejayaan jualan sebelum ini, serta bincangkan strategi yang akan digunakan untuk memasarkan rumah anda.

Sebelum anda lantik ejen jualan, buatlah kajian terlebih dahulu mengenai ejen yang anda ingin lantik.

Kerjaya menjual rumah ini dikawalselia di bawah Akta 242 iaitu Akta Penilai, Pentaksir, Ejen Hartanah dan Pengurus Harta (LPPEH).

Bermakna selain daripada pemilik rumah, mereka yang terlibat dalam jualan rumah WAJIB berdaftar dengan LPPEH.

Ada tiga istilah ejen hartanah yang anda akan jumpa iaitu:

  • REA (Registered Estate Agent)
  • PEA (Probationary Estate Agent)
  • REN (Real Estate Negotiator)

Selain daripada tiga title ni, tak ada pihak lain yang dibenarkan membuat jualan berkaitan hartanah. Kalau dia cakap dia bukan pemilik atau bukan antara tiga title ni bermakna anda sedang berkomunikasi dengan broker haram atau scammer.

Apa risiko berurusan dengan broker haram?

Sebagai pemilik rumah, berurusan dengan broker haram adalah salah dan boleh dikenakan hukuman berat termasuk hukuman penjara tiga tahun atau denda sehingga RM300,000 atau kedua-duanya sekali sekiranya disabitkan bersalah.

Selain daripada itu, pengambilan deposit yang tidak sah juga boleh dihukum mengikut Seksyen 137(1) dan (2) akta berkenaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda sehingga RM50 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Cara Semak Ejen Rumah di Website LPPEH.

Setiap daripada ejen rumah yang sah berdaftar dengan LPPEH mempunyai nombor pendaftaran unik masing-masing. Nombor ni boleh disemak keasliannya di website LPPEH itu sendiri.

Ini adalah cara terbaik untuk elak ejen rumah penipu.

Format nombor ejen rumah ni adalah seperti berikut:

JenisFormat
REAE XXXXX
PEAPEA XXXXX
RENREN XXXXX
Format nombor ID ejen rumah
  1. Dapatkan nombor ejen tersebut dan pergi ke website LPPEH
  2. Klik pada butang “Search”.
  3. Bagi semakan nombor REA dan PEA pilih tab “Serach for Member”, bagi semakan nombor REN pula pilih tab “Search for Negotiator.
  4. Masukkan nombor yang diberi dan tekan “Search”.
  5. Jika ejen hartanah tersebut berdaftar, butiran maklumat mereka akan keluar.
Klik pada butang “Search”
Bagi semakan nombor REA dan PEA pilih tab “Serach for Member”, bagi semakan nombor REN pula pilih tab “Search for Negotiator”
Masukkan nombor yang diberi dan tekan “Search”
Jika ejen hartanah tersebut berdaftar, butiran maklumat mereka akan keluar seperti gambar Anis di atas.

2. Tentukan objektif jualan.

Sebelum memulakan proses jualan, tentukan objektif jualan anda dengan jelas. Adakah harga yang anda harapkan? Berapa lama anda ingin rumah anda dijual?

Selain itu bincangkan juga apakah syarat dan terma yang anda perlukan dalam proses jualan? Maklumkan dengan jelas kepada ejen jualan anda mengenai objektif ini.

3. Tandatangan surat lantikan.

Selepas ejen jualan terpilih, buatkan surat lantikan mengenai perjanjian yang telah dicapai antara anda dan ejen jualan.

Berapa komisen ejen jual rumah?

Mengikut jadual di dalam ‘Seventh Schedule (Rule 48) of Valuers, Appraisers and Estate Agents Act 1981 and Rules 1986’ fee bagi Ejen Hartanah yang ditetapkan adalah maksimum sehingga 3% tidak termasuk SST.

Kadar SST yang ditetapkan oleh Royal Malaysian Customs Department, Internal Tax Division adalah sebanyak 6%. Kadar ini dikenakan ke atas fee yang ditetapkan tadi, jadi kadar akhir yang selalu dikenakan termasuk SST adalah sebanyak 3.18%.

Harga jualan rumahKomisyen ejen (pada kadar 3.18% termasuk SST)
RM 100,000RM 3,180
RM 200,000RM 6,360
RM 300,000RM 9,540
Jadual contoh kiraan komisyen ejen mengikut harga jualan rumah

Manakala kos-kos perbelanjaan lain selain daripada fee tersebut juga boleh dituntut seperti kos pegiklanan, kos printing, kos perjalanan dan lain-lain atas persetujuan bersama pemilik dengan syarat dimaklumkan terlebih dahulu.

Tapi, bagi Anis selalunya kos pemasaran dan perjalanan ni memang akan ditanggung semuanya untuk klien yang memilih Anis sebagai ejen jualan rumah.

Semak jenis lantikan dalam surat lantikan ejen rumah

Secara amnya, lantikan terbahagi kepada dua jenis iaitu am dan eksklusif. Lantikan am adalah lantikan terbuka di mana pemilik rumah masih boleh melantik ejen lain bagi jualan rumah tersebut. Lantikan am juga dikenali sebagai lantikan Ad Hoc.

Manakala lantikan eksklusif adalah lantikan khas di mana hanya ejen yang dilantik sahaja boleh menjual rumah tersebut. Lantikan ekslusif pula selalunya mempunyai tempoh eksklusiviti yang tertentu diantara enam hingga 12 bulan.

Lantikan eksklusif juga mempunyai variasi lain seperti ‘sole authorisation’ dimana selain daripada ejen yang dilantik, tuan rumah masih lagi boleh menjual rumah tersebut sendiri.

PihakExclusiveSoleAd Hoc
Pemilik rumah✔️✔️
Ejen dilantik✔️✔️✔️
Ejen lain✔️
Jadual pihak mana yang boleh menjual rumah mengikut jenis lantikan.

Surat lantikan ini perlu ada butiran mengenai harga jualan, syarat dan terma jualan, komisen yang diberikan kepada ejen jualan, tempoh perjanjian jualan, dan sebagainya. Boleh tanya ejen yang dilantik untuk fahamkan keseluruhan surat lantikan.

Contoh surat lantikan ejen

4. Pilih harga jualan yang realistik.

Pastikan harga jualan yang ditetapkan adalah realistik dan berpatutan dengan pasaran semasa. Jangan terlalu teruja dengan harga yang tinggi dan tidak realistik, kerana ini mungkin mengakibatkan rumah anda sukar dijual.

Ejen jualan yang berkualiti akan membantu anda menetapkan harga jualan yang realistik dan berpatutan.

5. Siapkan rumah anda bagi proses inpection awal.

Sebelum memulakan proses jualan, pastikan rumah anda dalam keadaan yang baik dan menarik minat pembeli. Buat perbaikan yang diperlukan, bersihkan rumah dengan teliti dan buatlah penataan rumah yang menarik.

Pastikan ejen jualan yang datang membuat inspection tahu tentang semua peningkatan dan ubahsuai yang telah dilakukan pada rumah. Ini akan membantu bagi rumah anda supaya lebih cepat terjual dan mendapat harga jualan yang lebih baik.

6. Sediakan maklumat yang diperlukan.

Pastikan anda mempunyai semua maklumat yang diperlukan mengenai rumah anda, seperti keluasan tanah, bilik tidur dan bilik air, kemudahan di sekitar kawasan, dan sebagainya.

Maklumat ini penting dalam membantu ejen hartanah yang dilantik mengiklankan rumah anda.

Kesimpulannya ejen hartanah yang baik untuk jualan rumah anda perlu mempunyai ciri-ciri yang berikut:

  • Berdaftar di bawah LPPEH.
  • Beroperasi dalam kawasan rumah yang ingin dijual.
  • Boleh memberi khidmat nasihat hartanah yang tepat.
  • Mempunyai rangkaian kumpulan ejen dan REN lain yang aktif.
  • Mempunyai pengalaman menguruskan jenis rumah yang sama.
  • Mahir dalam menyemak harga pasaran dan transaksi kawasan.
  • Mahir memberi penerangan yang lengkap bagi keseluruhan proses jualbeli rumah.
  • Mempunyai rangkaian peguam hartanah dan pemberi pinjaman yang meluas.
  • Mahir dalam mengiklankan rumah daripada segi copywriting dan juga penggunaan media.

Nak fahamkan proses keseluruhan jual rumah?

Jemput baca artikel ni.

Panduan Lengkap Proses Jual Rumah di Malaysia

Ada soalan? Mencari ejen hartanah?

Klik untuk Whatsapp Anis

Lagenda Ardea Jualan Kini Dibuka

Artikel lain berkaitan