Persediaan sebelum beli rumah baru terus daripada pemaju

Sekarang ini, ramai orang lebih cenderung untuk membeli rumah undercon (projek rumah yang masih dalam pembangunan) terutamanya orang muda yang berumur sekitar 25-34 tahun.


Ini disebabkan oleh bayaran booking atau deposit untuk beli hartanah undercon tidak banyak berbanding dengan bayaran semasa pembelian hartanah subsales.
Selain itu, tawaran rebat, diskaun dan pakej yang menarik ditawarkan oleh pemaju menjadi daya penarik untuk golongan muda ni untuk beli rumah undercon.

Berikut ialah 4 perkara penting yang Anis rasa anda perlu ambil perhatian jikalau anda ingin beli rumah undercon:

1 – OK ke reputasi pemaju rumah tu?

Di dalam pasaran hartanah hari ini, ada banyak pilihan projek pembangunan baru. Jadi semasa kita memilih projek, kita mestilah tahu siapa pemaju projek ini.
Anda perlu tahu latar belakang pemaju dan juga memilih pemaju yang ada mempunyai reputasi yang baik. Jikalau anda tersalah pilih kemungkinan anda akan menghadap risiko terbengkalai atau siap lewat.


2 – Pastikan tahu lokasi projek tu dulu sebelum buat booking

Lokasi ialah satu faktor penting dalam pembelian hartanah, tak kira samada kita beli membeli hartanah undercon atau hartanah subsales.
Satu aspek yang saya dapat lihat, ramai orang lebih cenderung memilih projek berdasarkan harga bukannya lokasi.

Lokasi yang cantik adalah tempat yang ada populasi yang sedia ada ramai, mempunyai pusat komuniti, kemudahan-kemudahan yang tersedia seperti; bank, sekolah , kolej & universiti, hospital dan mempunyai jalan & jalan masuk keluar lebuhraya yang baik.

3 – Bila rumah nak siap ni?

Semasa kita memilih projek baru, kita mestilah mendapatkan info ini daripda perunding hartanah atau staff jualan pemaju. Bilakah projek ini akan siap?
Contoh pada tahun 2013 pasaran hartanah agak hot, ramai orang membeli projek untuk pelaburan, dan 3 tahun kemudian hartanah tersebut sudah siap iaitu pada tahun 2016.

Ramai orang menghadapi masalah tidak dapat jual kembali atau tidak dapat menyewakan rumah mereka. Mungkin kerana lokasi tidak mempunyai permintaan, (Lebih bekalan daripada permintaan.).

Cuba bayangkan jikalau anda sudah terbeli hartanah projek pada tahun 20xx, anda akan dapat kunci pada tahun 20xx. Adakah sekarang waktu yang terbaik untuk membeli?

4 – (PENTING) Pastikan projek di bawah AKTA PEMAJUAN PERUMAHAN
Akta Pemajuan Perumahan atau Housing Development Act. (HDA)

Pastikan projek tersebut HDA atau Non-HDA. Masa kita pilih projek kena tahu project ini adakah HDA atau Non HDA.

Saya sarankan untuk beli projek yang ada HDA, sebab projek HDA selamat kepada pembeli.

Segala undang-undang pemaju akan termaktub di dalam akta ini, jadi pemaju tidak boleh sewenang-wenangnya untuk lari dan membiarkan rumah terbengkalai.

Satu lagi point kenapa perlu beli projek HDA, sebab kadar faedah (progressive interest) yang perlu bayar dalam tempoh 3 tahun semasa pembangunan akan lebih rendah berbanding dengan projek Non HDA.

Kesimpulannya, tak kira la nak beli rumah subsales atau rumah undercon, kena ada ilmu sebelum buat pelaburan dan ikut kemampuan diri sendiri.

Kalau baru dapat kerja, tak ada modal besar, tapi ingin melabur hartanah, rumah undercon adalah pilihan yang sesuai.

Lagenda Ardea Jualan Kini Dibuka

Artikel lain berkaitan